Projek Pengomposan Baja
Pengkomposan merupakan proses penguraian bahan
organik kepada tanah kaya nutrien atau kompos yang terhasil daripada aktiviti
mikroorganisma secara semulajadi. Program ini khas dilaksanakan untuk menangani
masalah pengurusan sisa selaras dengan aspirasi sekolah untuk menuju ke arah sekolah
yang sifar sampah dan lebih lestari pada masa akan datang. Projek ini dapat melahirkan
budaya dalam kalangan murid-murid sekolah dimana penghantaran jumlah sisa
pepejal ke tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan untuk pemulihan sumber dan
tenaga menjadi baja organik dan biogas.
Comments
Post a Comment