Posts

Fermented Plant Juice Project

Image
Projek ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk mengahsilkan baja cair dengan sendiri tanpa menggunakan bahan kimia. Ini adalah bagi mengelakkan penggunaan baja kimia yang boleh membawa kesan terhadap tanah pada jangka masa yang panjang. Penghasilan baja cair ini dapat mengurangkan kos serta menjamin kesuburan pokok dan tanah. Ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menggunakan sumber-sumber organik dalam proses penanaman pokok.

Program penyerahan Tong Kitar semula kepad Tahun 1

Image

Amalan Lestari Kitar Semula

Image
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam Kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah

Projek Pengomposan Baja

Image
Pengkomposan merupakan proses penguraian bahan organik kepada tanah kaya nutrien atau kompos yang terhasil daripada aktiviti mikroorganisma secara semulajadi. Program ini khas dilaksanakan untuk menangani masalah pengurusan sisa selaras dengan aspirasi sekolah untuk menuju ke arah sekolah yang sifar sampah dan lebih lestari pada masa akan datang. Projek ini dapat melahirkan budaya dalam kalangan murid-murid sekolah dimana penghantaran jumlah sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan untuk pemulihan sumber dan tenaga menjadi baja organik dan biogas.